Saturday, December 11, 2010

Cinta bagai sepohon kaktus!!

  Amer dan Maira hidup berjiran. berkawan baik sejak dari kecil lagi. Kini usia mereka menginjak ke alam dewasa dan sudah tiba masanya untuk mereka saling berpegangan tangan mininjau alam kedewasaan. Mereka seperti anjing dan kucing. Walaupun mereka selalu bergaduh namun mereka saling cinta mencintai. mereka membesar bersama, belajar bersama, bermain bersama, berkongsi suka dan duka dan menyakiti diri masingmasing.
  Dan dengan menyakiti masingmasing lah maka tercetusnya satu permainan.. Permainan perasaan. Hero dan heroin nya takk lain dan takk bukan adalah mereka berdua. Meskipun mereka terluka namun mereka tetap tertawa riang bagi membalut duka.
  Pada suatu hari ketika di sekolah menengah, Maira ternampak Amer memeluk seorang gadis. Maira yang ternampak apa yang terjadi berlalu dengan hati yang kecewa melihat kegirangan yang terpampar di muka Amer. Untuk tidak kalah kepada Amer, maira juga memeluk seorang lelaki yang baru dikenalinya. Keadaan ini berlarutan sehingga usia mereka menginjak dewasa. Menyakiti masingmasing adalah agenda utama mereka.
  Ironiknya, mereka amat mencintai satu sama lain namun cinta mereka seperti kaktus, sering berbalah menyakiti diri masingmasing. Amer dan maira masingmasing tidak mahu mengalah. Mereka tidak mahu kalah dalam permainan ini.
 Walaubagaimanapun, dalam permainan mesti ada pengakhirannya. Pada hari jadi Amer yang ke18 , Amer telah mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan nya kepada Maira. Amer pown pergilah berjumpa Maira dirumahnya. "Aku harap kau dapat datang ke majlis hari jadi aku malam ini. Ada sesuatu yang penting aku hendak beritahu pada kau." dengan penuh mengharap Amer bertanya. Akhirnya, Maira setuju.
 Namun, pagi yang disangka cerah rupanya hujan di siang hari. Ketika Amer ingin meluahkan perasaan nya. Amer memandang Maira. Namun, Maira tidak keseorangan. Dia bersama seorang lelaki mesra sekali lagak mereka. Dengan perasaan kecewa yang cuba diselindung ole Amer. Amer memberitahu bahawa dia akan mengikuti bapanya ke Amerika untuk menyambung pelajaran. Maira yang mendengar pngunguman itu terpaku. Maira tidak menyangka itu berita yang nak disampaikan oleh Amer. Pertama kali berjauhan dengan Amer dalam jangka masa yang lama. Amer berjalan ke arah Maira. Dengan senyuman yang sinis dia membisikkan sesuatu pada Maira. Dan bisikan itu adalah kali terakhir Maira mendengar suara Amer.
  12 tahun kemudiann...
  Dalam tempoh itu, Maira telah pun berkahwin dan mempunyai zuriat. Namun dalam tempoh itu Maira masih mengingati Amer. Sampai sekarang tiada khabar mengenai Amer. Hanya memori bersama Amer dan bisikannya yang terakhir peneman Maira ketika dia memerlukan semangat untuk meneruskan hidup. "Kau menang Maira, aku kalah". Itulah bisikan terakhir yang Maira dengar dari Amer. Baru sekarang Maira tahu makna di sebalik katakata itu. Cinta mereka bagai sepohon pokok kaktus,walau luarannnya penuh dengan duri yang tajam namun dalamnya penuh dengan cecair yang memberikan kenikmatan bagi peminumnya. Andai masa dapat diulang, Maira sanggup mengalah dalam pertarungan mereka asalkan Amer ada disisi Maira selamanya. Jatuh juga air mata Maira setelah 12 tahun menahan rasa.

*cerpen yang pertama aku buat. Harapharap kowg boleh komen.. :)

1 comments:

Post a Comment

Followers